"anti pergilah..ana malaslah,lain kali je lah"
zahrah hanya memandang ke arah sahabatnya itu....ada rasa kecewa bertandang di hati.... Azrin yang sekarang bukan lagi seperti dahulu...hampir menitis air matanya saat memikirkan sahabatnya itu...
"Azrin...,ana sedih tengok diri anti yang sekarang,ana rindu Rin yang dulu.."rintih zahrah di dalam hatinya sambil mutiara mengalir menyapa pipinya....
**********
"Zahrah,ana nak keluar jap..,"
"Anti nak pergi mana..?"
"Ana nak pergi kedai topup kejap,tak de kedit nak balas mesej Zul "
"Azrin,anti tau kan..kita ini perempuan tak boleh berhubungan dengan lelaki kalau tak ada perkara yang penting,..."
"Tapi ana cuma mesej dengan dia ja,bukan ana jumpa dia pon.."
"Ana tau, anti sms je,tak jumpa pon...tapi anti kan tau...itu antara jalan2 yang mebawa kepada zina...Azrin.... Allah ada berfirman

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)"
"takkan mesej pon tak boleh....??"
"Azrin,tak boleh selagi tidak ada perkara yang penting,.. Rin,bukan ke dengan cara bermesej boleh mengundang zina hati...?"
Azrin hanya membisu....dia mengiyakan apa yang dikatakan sahabatnya itu...tetapi dia sayangkan Zul...
"Rin,kita ni perempuan, kita nie fitnah yang terbesar buat kaum adam,ana tak nak kaum adam rebah disebabkan kita...jadi,ana mintak sangat-sangat pada anti,berhentilah berhubungan dengan lelaki walaupun melalui sms dan fb"
"InsyaAllah,ana akan cuba...tapi ana sayangkan dia,Zahrah"
"Azrin,kalau jodoh anti dengan dia,insyaAllah tak ke mana,lagipun sekarang kita kan duduk dalam bulan Ramadhan...bulan yang mana 10 yang pertama adalah kerahmatan...10 yang pertengahan adalah maghfirah(kemaafan)...10 yang terakhir adalah pelepasan dari api neraka... mintalah ampun dari Rabb...dan berhijrahlah...ingat...Allah akan menerima taubat hamba2Nya"
"Terima kasih Zahrah....kerana sudi mengingatkan ana..."mengalir air mata Azrin saat itu dan dia terus merangkul tubuh Zahrah....
''Sahabat,mungkin ada perbezaan antara kita tetapi yang pasti kita mahu kesyurga bersama-sama bukan?" Zahrah membalas pelukan sahabatnya itu sambil hatinya tidak berhenti melontarkan rasa syukur ke pada Allah...
"Ya Allah,jadikanlah aku seorang hamba yang sering mengingati tika ada yang terleka...dan Engkau hadirkanlah seorang insan yang ikhlas mengingati diri ku saat aku terleka dan mula tersasar... Terima kasih Ya Allah atas persahabatan yang telah kau jalinkan antara kami, ku harap persahabatan ini mendapat redhaMu dan berkekalan hingga ke Jannah"
Wallahua'lam
Hanna Zahrah
10:20a.m
4 Ramadhan
jazakallah kepada pemilik blog sorry ana ada ambil ayat sahabat sikit..:)
No comments:
Post a Comment