Nabi SAW bersabda:
“Akan tiba saatnya di mana kamu akan dikerumuni (diserbu) oleh umat-umat lain (musuh-musuh dari pelbagai sudut) sebagaimana orang-orang yang sedang makan menghadapi hidangannya.
Bertanya salah seorang daripada mereka : Adakah kerana bilangan kami pada masa itu sedikit wahai Rasulullah? Jawab Baginda : Bahkan kamu pada hari itu banyak. Tetapi kamu adalah kosong dan hanyut seperti buih-buih.
Dan Allah akan mencabut daripada musuh-musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan Dia menanam (mencampakkan) pula ke dalam hati-hati kamu –penyakit- al-wahn. Bertanya salah seorang daripada mereka : wahai Rasulullah apakah al wahn itu? Jawab Baginda : Cintakan dunia dan bencikan mati.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
Umat Islam pada hari dianggarkan sebanyak 2.1 million.Tetapi adakah umat Islam semua nya bersatu antara satu sama lain...? tidak.... umat Islam sekarang berpecah belah antara satu sama lain,tidak membantu saudara-saudara kita yang sedang dizalimi .. Kita hanya melihat tanpa melakukan apa-apa..?hanya segelintir yang membantu...tidakkah kita berasa sedih...bagaimana jika mereka itu adalah mak,ayah,kakak,abang kita sendiri...Tentera zalim meratah saudara kita disana sesuka hati mereka...mereka dirogol disembelih..anak-anak kecil kehilangan tempat untuk mereka bergantung... Adakah ini sikap umat Islam zaman sekarang...
Allah telah berfirman:
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
(Surah al-Hujuraat 49:10)
Ayat diatas cukup untuk menjelaskan kepada kita bahwa tiada perbezaan antara kita... Apakah sikap sebenar persaudaraan Islam yang telah Rasulullah ajarkan..?
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.
"Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."
(Riwayat Muslim)
Melalui hadis ini kita tahu yang mana Rasulullah melarang kita saling dengki,tipu-menipu,benci -membenci dan lain-lain. Seorang muslim itu tidak akan mezalimi saudaranya sendiri..Cuba kita tengok umat Islam sekarng... Usaha boikot barang Israel serta penyokong penindasan zionis yang dahulunya dijalankan tergendala..Ini kerana kita tidak merasa dan bersedih dengan penindasan yang berlaku terhadap saudara-saudara kita disana..Kita masih mampu bergelak ketawa saat saudara wanita kita dirogol,disembelih,dihina dan pemuda-pemudi dibunuh dengan kejam..
Ada diantara mereka yang ditanam hidup-hidup kerana masih mengaku Allah sebagai tuhan yang Ahad..Hebatnya mereka bukan?bagaiman dengan kita?
jom kita tengok video nie...
Allah,sungguh kejam penindasan yang dilakukan tetapi mereka(muslim sunni) masih tetap dengan pegangan mereka iaitu لا إله إلا الله محمد رسول الله
. Adakah umat Islam di Malaysia begini..?hanya segelintir mungkin..bakinya..?Wahai saudaraku, sedarlah bahawa semua Islam ialah saudara. Sama-samalah kita pupuk rasa cinta dan kasih kita kepada saudara-saudara kita,bantulah mereka walaupun hanya melalui doa.. Mereka sangat mengharapkan doa kita.
. Adakah umat Islam di Malaysia begini..?hanya segelintir mungkin..bakinya..?Wahai saudaraku, sedarlah bahawa semua Islam ialah saudara. Sama-samalah kita pupuk rasa cinta dan kasih kita kepada saudara-saudara kita,bantulah mereka walaupun hanya melalui doa.. Mereka sangat mengharapkan doa kita.
Palestin
Syria
Syrian boy
Moga-moga kita dapat merasakan keperitan yang sedang mereka lalui...Sekadar perkongsian...Jom sama-sama kita koreksi diri kita.
Wallahua'lam
Hanna Zahrah
11 Ramadhan