Monday, 9 December 2013

Sahabat,jom kejar Syahid

Assalamualaikum... O.o
Ahah...dh dengar nasyid dekat atas tu...?ana dah mula fall in love dengan nasyid nie...Ah...sentap ke dalam hati ana nie...menusuk kalbu.....Ada jugalah terasa tamparan free melekat kat pipi nie...Adus...pedih...

   Dan lepas dengar lagu nie jugaklah ana teringat dekat adik kakak abang kita dekat sana.....Diorag dekat sana menderita,kita dekat sini 'busy' dengan our life yang hoa ha ho ha.. Diorang kat sana 'busy' meinggikan kalimah Lailahaillallah...tak kenal erti kekalahan...menanti datangnya syahid...Aduh..honestly...ana,sangat-sangatlah jelous right now....Untungnya,seronoknya,gembira diorang dapat jumpa Allah dalam keadaan bibir terukir senyuman yang tersangat-sangat indah plus++++++  syahid pulak...Ahhhh....jelousnya...Eh,awak-awak semua x jelous ke...?

#pejam mata ketat-ketat..eh

وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

[2:154] Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup100, tetapi kamu tidak menyadarinya. 

Sentap!!
Penah dengar ayat nie...? Orang yang gugur di jalan Allah nie mereka itu tak mati bahkan diorang yang bertuah nie hidup dengan rezki dari Ilahi......kami merindui Syahid di jalan Mu Ya Rabb..Izinkanlah

Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

nie lah ayat yang dah berjaya tarik hati ana...Sahabat,moga syahid itu menjadi dambaan kita....biar kita sakit dalam menegakkan agama Allah tak kisahlah dengan pedang ke pena ke.. android ke ape ke...asalkan ada mujahadah ke arah tu...ye tak....kitakan daie,...Daie mestilah kena tahan lasak kan..ahah..

you all,

Korang ingat tak, masa kita bediri sampai lenguh kaki tu,tiap2 hari Ahad kat padang ?

Rindu owh masa tu. Haha! Kita mesti akan nasyidkan nasyid tu kan ? 

Korang ingat tak, apa isi nasyid tu? " Mati dijalan Allah cita tertinggi kami"

ingat kan..?


Sahabat,jom2 kita sama-sama kejar Syahid,kita sama-sama gerak kan gerabak dakwah nie... Jom kita tarik buddy kita yang kat luar sana...ajak diorang join skali gerabak nie..don't worry...Tak rosak punya gerabak nie....tak pancit aihh...dont worry nak naik gerabak dakwah kena ramai-ramai .baru syiok...x gitu...??


May Allah bless...:')  
Wallahua'lam

Friday, 19 July 2013

Orang Islam itu Bersaudara


Nabi SAW bersabda:

“Akan tiba saatnya di mana kamu akan dikerumuni (diserbu) oleh umat-umat lain (musuh-musuh dari pelbagai sudut) sebagaimana orang-orang yang sedang makan menghadapi hidangannya.

 Bertanya salah seorang daripada mereka : Adakah kerana bilangan kami pada masa itu sedikit wahai Rasulullah? Jawab Baginda : Bahkan kamu pada hari itu banyak. Tetapi kamu adalah kosong dan hanyut seperti buih-buih.

 Dan Allah akan mencabut daripada musuh-musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan Dia menanam (mencampakkan) pula ke dalam hati-hati kamu –penyakit- al-wahn. Bertanya salah seorang daripada mereka : wahai Rasulullah apakah al wahn itu? Jawab Baginda : Cintakan dunia dan bencikan mati.” 

(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Umat Islam pada hari dianggarkan sebanyak 2.1 million.Tetapi adakah umat Islam semua nya bersatu antara satu sama lain...? tidak.... umat Islam sekarang berpecah belah antara satu sama lain,tidak membantu saudara-saudara kita yang sedang dizalimi .. Kita hanya melihat tanpa melakukan apa-apa..?hanya segelintir yang membantu...tidakkah kita berasa sedih...bagaimana jika mereka itu adalah mak,ayah,kakak,abang kita sendiri...Tentera zalim meratah saudara kita disana sesuka hati mereka...mereka dirogol disembelih..anak-anak kecil kehilangan tempat untuk mereka bergantung... Adakah ini sikap umat Islam zaman sekarang...
Allah telah berfirman:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” 
(Surah al-Hujuraat 49:10)

Ayat diatas cukup untuk menjelaskan kepada kita bahwa tiada perbezaan antara kita... Apakah sikap sebenar persaudaraan Islam yang telah Rasulullah ajarkan..?

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم. 

"Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."
(Riwayat Muslim)
Melalui hadis ini kita tahu yang mana Rasulullah melarang kita saling dengki,tipu-menipu,benci -membenci dan lain-lain. Seorang muslim itu tidak akan mezalimi saudaranya sendiri..Cuba kita tengok umat Islam sekarng... Usaha boikot barang Israel serta penyokong penindasan zionis yang dahulunya dijalankan tergendala..Ini kerana kita tidak merasa dan bersedih dengan penindasan yang berlaku terhadap saudara-saudara kita disana..Kita masih mampu bergelak ketawa saat saudara wanita kita dirogol,disembelih,dihina dan pemuda-pemudi dibunuh dengan kejam..
Ada diantara mereka yang ditanam hidup-hidup kerana masih mengaku Allah sebagai tuhan yang Ahad..Hebatnya mereka bukan?bagaiman dengan kita?
jom kita tengok video nie...
Allah,sungguh kejam penindasan yang dilakukan tetapi mereka(muslim sunni) masih tetap dengan pegangan mereka iaitu لا إله إلا الله محمد رسول الله
. Adakah umat Islam di Malaysia begini..?hanya segelintir mungkin..bakinya..?Wahai saudaraku, sedarlah bahawa semua Islam ialah saudara. Sama-samalah kita pupuk rasa cinta dan kasih kita kepada saudara-saudara kita,bantulah mereka walaupun hanya melalui doa.. Mereka sangat mengharapkan doa kita. 
 Palestin
 Syria
Syrian boy
Moga-moga kita dapat merasakan keperitan yang sedang mereka lalui...Sekadar perkongsian...Jom sama-sama kita koreksi diri kita.

Wallahua'lam
Hanna Zahrah
11 Ramadhan

Friday, 12 July 2013

Terima Kasih Sahabat..

"Rin,jom kita pergi solat terawih sama-sama"
"anti pergilah..ana malaslah,lain kali je lah"
zahrah hanya memandang ke arah sahabatnya itu....ada rasa kecewa bertandang di hati.... Azrin yang sekarang bukan lagi seperti dahulu...hampir menitis air matanya saat memikirkan sahabatnya itu...
"Azrin...,ana sedih tengok diri anti yang sekarang,ana rindu Rin yang dulu.."rintih zahrah di dalam hatinya sambil mutiara mengalir menyapa pipinya....

                                                              **********

"Zahrah,ana nak keluar jap..,"
"Anti nak pergi mana..?"
"Ana nak pergi kedai topup kejap,tak de kedit nak balas mesej Zul "
"Azrin,anti tau kan..kita ini perempuan tak boleh berhubungan dengan lelaki kalau tak ada perkara yang penting,..."
"Tapi ana cuma mesej dengan dia ja,bukan ana jumpa dia pon.."
"Ana tau, anti sms je,tak jumpa pon...tapi anti kan tau...itu antara jalan2 yang mebawa kepada zina...Azrin.... Allah ada berfirman 
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)"
"takkan mesej pon tak boleh....??"
"Azrin,tak boleh selagi tidak ada perkara yang penting,.. Rin,bukan ke dengan cara bermesej boleh mengundang zina hati...?"
Azrin hanya membisu....dia mengiyakan apa yang dikatakan sahabatnya itu...tetapi dia sayangkan Zul...
"Rin,kita ni perempuan, kita nie fitnah yang terbesar buat kaum adam,ana tak nak kaum adam rebah disebabkan kita...jadi,ana mintak sangat-sangat pada anti,berhentilah berhubungan dengan lelaki walaupun melalui sms dan fb"
"InsyaAllah,ana akan cuba...tapi ana sayangkan dia,Zahrah"
"Azrin,kalau jodoh anti dengan dia,insyaAllah tak ke mana,lagipun sekarang kita kan duduk dalam bulan Ramadhan...bulan yang mana 10 yang pertama adalah kerahmatan...10 yang pertengahan adalah maghfirah(kemaafan)...10 yang terakhir adalah pelepasan dari api neraka... mintalah ampun dari Rabb...dan berhijrahlah...ingat...Allah akan menerima taubat hamba2Nya"
"Terima kasih Zahrah....kerana sudi mengingatkan ana..."mengalir air mata Azrin saat itu dan dia terus merangkul tubuh Zahrah....
''Sahabat,mungkin ada perbezaan antara kita tetapi yang pasti kita mahu kesyurga bersama-sama bukan?" Zahrah membalas pelukan sahabatnya itu sambil hatinya tidak berhenti melontarkan rasa syukur ke pada Allah...

"Ya Allah,jadikanlah aku seorang hamba yang sering mengingati tika ada yang terleka...dan Engkau hadirkanlah seorang insan yang ikhlas mengingati diri ku saat aku terleka dan mula tersasar... Terima kasih  Ya Allah atas persahabatan yang telah kau jalinkan antara kami, ku harap persahabatan ini mendapat redhaMu dan berkekalan hingga ke Jannah"

Wallahua'lam
Hanna Zahrah
10:20a.m
4 Ramadhan
smile :')
Moga Allah Redha akan persahabatan kita..
jazakallah kepada pemilik blog sorry ana ada ambil ayat sahabat sikit..:)

Thursday, 11 July 2013

Coretan buat Adam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Adam...
Pertamanya...hawa memohon maaf andai coretan hawa ini memanaskan hati adam, sekali lagi maafkan hawa...
Adam,
hawa mohon... peliharalah solatmu Adam...
solatlah diawal waktu...
bukankah itu lebih baik..?
ringankanlah kakimu ke rumah Allah...
bukankah itu lebih dicintai Allah...
Adam.
kamu adalah pemimpin kaum hawa..
hawa akan lemah jika dirimu juga lemah...
jadi adam...
hawa mohon...
kuatkan imanmu,banyakkan amal ibadahmu...
tundukkanlah pandanganmu Adam...
kerna..
hawa lemah saat melihat panahan matamu...
hawa lemah saat Adam memuji-muji...
hawa takut hawalah punca iman Adam runtuh...
ini kerana..
hawa adalah fitnah terbesar untuk Adam...
hawa juga akan cuba untuk menjaga pandangan..
menjaga maruah..
menjaga aurat....kerna
hawa tahu...
inilah antara cari hawa untuk membantu Adam agar menundukkan pandangan...
Adam..
bukankah Allah telah berfirman dalam Surah An-Nur 24:26
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
Adam...
itu janji Allah...
ingatlah bahwa....
Allah tidak akan memungkiri janjiNya...
jadi...
mengapa Adam mendekati cinta...
bukankah adam tahu...
hawa lemah dengan cinta..
Adam...
hawa menginginkan seorang pemimpin yang baik...
pemimpin yang dapat mencipta sejarah....
pemimpin yang dapat mengikhlaskan dirinya untuk berjihad fisabilillah...
pemimpin yang rela mengorbankan jiwa dan hartanya untuk agama...
bukan...
seorang pemimpin yang mudah rebah saat dipujuk rayu oleh hawa...
jua bukan seorang pemimpin yang mudah terfitnah dengan kuasa dan harta..
bisakah adam memenuhi permintaan hawa yang ini...?
Adam....
tolong....tolong....tolong....
kembalikanlah pemerintahan Islam yang dahulunya pernah menaungi bumi ini....
Wassalam
Hanna Zahrah 
9:45 a.m
3 Ramadhan


Wednesday, 5 June 2013

Sahabat,maafkan aku...

Sahabatku,
maafkan aku
andai aku seorang sahabat 
yang gagal membawa dirimu ke jalaNya..
andai aku pernah membuatkan dirimu terleka 
andai aku insan 
yang membiarkan dirimu hanyut dengan kemaksiatan..
maafkan aku..
sahabat..
aku ingin kita sama-sama menuju SyurgaNya..
aku tidak mahu bersendirian...
aku ingin membawamu bersamaku
maafkan aku,
aku ingin kita menjadi sahabat yang sentiasa memperingati 
andai ada yang terleka...
menasihati 
andai ada yang tersasar...
membimbing ke jalan kembali...
tika ada yang terjerumus ke lembah kemaksiatan...
Sahabat...
aku bersahabat dengan mu 
adalah untuk bersama kita menggapai redhaNya
kerana aku tahu...
tanpa redha Ilahi...
Siapalah kita ini...
Aku mohon wahai sahabatku...
Ingatkanlah aku andai aku terleka...
Ingatkan aku bahawa mati itu DEKAT..
Ingatkan aku supaya mencintai Rasulillah...
Ingatkan aku supaya menjauhi maksiat..

"Aku sayang kamu kerana Allah"

p/s:sentiasalah memperingati diriku yang lemah ini...aku memerlukan bimbingan kalian untuk menujuNya


wallahua'lam
Hanna Zahrah
27 Rejab
10.05 p.m


Friday, 31 May 2013

Muhasabbah

firstly...
kosongkan fikiran yang kusut...
lenyapkan sekejap masalah2....
tarik nafas....
and then lepas...:)
Bismillahirrahmanirrahim...
sahabat2,
sempurnanya kita kan...
macam2 kita boleh buat....
itulah...
inilah...
tapi...
bersyukurkah kita dengan pemberian Allah yang ini...
syukur tak kita....?
kadang2....
kita lupa siapa pencipta kita....
kita lupa dari mana kita datang..
dan kita lupa ke mana kita akan kembali....
kita asyik dengan maksiat
tanpa ada sekelumit pun rasa malu padaNya...
bila,
Allah bagi ujian...
kita merungut....
kenapa Allah bagi aku ujian....
sedangkan orang lain tak pun...
syaitan cuba nak hasut kita....
kita tak sedar semua tu....
TAPI
time kita senang,....
susah sangat kita nak ingat Allah....
susah sangat kita nk bersyukur dengan kesenangan yang
Allah bagi....
sombongkan kita...
bongkak kan kita depan Allah...
bila senang lupakan Allah...
bila kita susah barulah kita nak merangkak cari Dia...
bila Dia tak bagi kita mula la merungut...
TAPI...
pernahkah kita terfikir..?..
bila kita tinggalkan suruhan Allah...
Allah tetap bagi nikmat dekat kita.....
Allah tetap bagi kita ruang untuk minta ampun padaNya.....
Allah tetap bagi nyawa untuk kita teruskan hidup ini....
TAPI...
kita sombong....
kita tak pernah sedar kasih sayang yang Allah bagi untuk kita....
Allah tak pernah berkira dengan kita...
Jahat kan kita nie...
dengan pencipta sendiri pon kita sombong....
bila dengan kwan, baik jer kita....
kita nie Insan yang berlumuran dosa...
Jadi mohonlah ampun pada Allah...
Pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk kita....
ingat JANJI ALLAH ITU PASTI!
Mujahadah itu PAHIT kerana Syurga itu MANIS...
jadi sama2lah kita berjuang melawan nafsu...
Ampuni aku YaAllah....Aku berserah diri padaMu..Ampuni aku.....
-untuk diri ini yang sentiasa lalai dengan perintahNya...dan semoga bermanfaat buat sahabat2 sekalian..:')-


 sekian...
Wallahua'lam
Hanna Zahrah
10.43pm
21 Rejab


Wednesday, 29 May 2013

Tanggungjawab Sufyan ath-Thauri

Assalamualaikum.. ^_^... InsyaAllah kali nie ana nk cita tentang tanggungjawab Sufyan ath-Thauri...jom baca sesama..
Dalam Buku Kisah Para Sufi ,diceritakan pada suatu hari,beliau bersolat di masjid. Tanpa disedari ,di hadapannya adalah khalifah yang juga sedang bersolat. Peliknya, semasa sedang bersolat,sang khalifah bermain-main dengan misainya yang besar. Ini menyerlahkan sifat kesombongan.
  Selepas bersolat, Sufyan ath-Thauri mengingtkan khalifah  "Tidak patut engkau bersolat seperti tu. Di Padang Mahsyar nanti,solatmu itu akan dilemparkan ke mukamu seperti sehelai kain lap yang kotor!"
  Khalifah itu marah "Berbicaralah dengan sopan"
  "Sekiranya aku enggan menunaikan tanggungjawabku ini, moga kencingku berubah menjadi darah," jawab Sufyan ath-Thauri.
  Sebenarnya, Sufyan ath-Thauri hanya mengingatkan khalifah itu supaya bersolat dengan khusyuk. Ini dilakukannya bagi memenihi tuntutan amar makruf nahi mungkar. Dia tidak mahu khalifah itu leka dengan kesombongan dalam solatnya, yang mungkin di sengajakan atau tidak.
  Si khalifah benar-benar marah dengan pernyataan Sufyan ath-Thauri. Pada masa itu juga khalifah itu memerintahkan supaya Sufyan ath-Thauri dipenjarakan dan digantung. Ini kerana dia menganggap Sufyan ath-Thauri mencemarakan nama baiknya dan memperlekehkannya.
  Khalifah itu berkata kepada orangnya dan pengawal peribadinya, "Hukuman keatas Sufyan itu perlu dijalankan supaya tidak ada lagi orang yang berani berkata demikian kepadaku!"
  Rupa-rupanya ancaman khalifah itu bukan ancaman kosong. Sufyan ath-Thauri benar-benar ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara .Sufyan ath Thauri tidak berupaya melawan.Sufyan ath-Thauri dipenjarakan hingga hukuman gantung ke atasnya dijatuhkan.Namun Sufyan ath-Thauri tidak keseorangan.Dua orang sufi lain iaitu,Sufyan bin Unaiya dan sahabatnya turut dipenjarakan. Kedua-duanya adalah kekasih Allah yang sejati.
  Pada hari yang ditentukan,segala persiapan bagi menjalankan hukuman gantung sudah disiapkan.Pada masa itu, Sufyan ath-Thauri masih terlena di dalam penjara. Pada masa itu jugalah Sufyan bin Uyaina dan sahabatnya mendapat berita yang Sufyan ath-Thauri akan menjalani hkuman gantung. Perbualan kedua-dua sahabat itu membuatkan Sufyan ath-Thauri terjaga.
  "Apa yan sedang berlaku?" Tanya Sufyan ath-Thauri.
  Kedua-dua sahabat itu pun menjelaskan segala persiapan bagi menggantungnya sudah diselesaikan. Kedua-dua menasihatkan," disebabkan tiang menggantung sudah disiapkan,sekarang,banyaklah mengingati Allah."
  Sufyan ath-Thauri berkata,"Aku tidak mencintai kehidupan ini sedemikian rupa. Tetapi seorang manusia perlu melaksanakan kewajipannya selama dia berada di dunia ini."
Ungkapannya itu menunjukkan dia benar-benar tegar. Dia tidak menganggap kematian itu suatu yang menakutan , malah menganggapnya sebagai satu permulaan kehidupan. Dia hanya pasrah dan mengingatinya.
  Tiba-tiba, bibirnya memanjatkan doa,"Ya Allah tangkaplah mereka pada saat ini juga!"
  Pada masa itu, sang khalifah sedang duduk di atas singgahsana dikelilingi para menteri yang sedang membincangkan mengenai pelaksanaan hukuman gantung ke atas Sufyan ath-Thauri,sekonyong-konyong petir menyambar istana dan seisinya . Khalifah dan para menteri disambar petir lalu hilang ditelan bumi.
  Melihat perkara itu,kedua-dua manusia suci yang mendengar doa Sufyan ath-Thauri berkata,"(ini) benar-benar doa yang diterima dan dikabulkan dengan pantas."
Mereka akhirnya bersujud memuji kebesaranNya.Akhirnya Sufyan ath-Thauri yang mengingatkan si khalifah supaya tidak bermain-main misainya semasa solat terlepas daripada hukuman gantung. Sebaliknya si Khalifah yang membangkang nasihat Sufyan ath-Thauri dan juga menterinya disambar petir.Ini menunjukkan adanya kelebihan dan keistimewaan iaitu sesuatu yang menyalahi adat yang diberikan Allah kepada walinya, Sufyan ath-Thauri.
 Disini jelaslah bahawa si khalifah lalai dalam solatnya.Mereka seakan-akan lupa bhawa di akhirat kelak,solatlah ibadah pertama yang akan dihisab Allah ..
  Keadaan solat khalifah itu juga mungkin ada kaitan dengan sabda Nabi Muhammmad,"Akan datang pada akhir zaman , manusia dari umatku yang datang ke masjid-masjid, mereka duduk di sana berkumpul,sedangkan mereka berzikir perihal dunia dan cinta mereka pun cinta dunia,janganlah kamu berkumpul dengan mereka kerana tidak akan ada keperluan bagi Allah dengan mereka itu."...
ok sampai sini ja...klau ada salah tegur lah...:)
rujukan dari buku Rahsia Air Mata Khusyuk (Muhammad Hassan Al-Basri)
Wallahua'lam
Hanna Zahrah
10.52 am
20 Rejab


Friday, 29 March 2013

Sakit itu Kifarah Dosa

Sebagai Insan yang menetap dibumi Allah, kita tidak akan terlepas daripada musibah yang berupa kesakitan.  Maklumlah kita insan yang terkadang lalai,melakukan dosa.Dosa adalah sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah Jadi,kesakitaan adalh salah satu cara Alah nk menghapuskan dosa kita.Adakah kesakitan yang Allah titipkan buat kita tanda MurkaNya atau bertujuan untuk menghapus dosa kita atau mungkin juga cara untuk sampai ke marqam yang tertinggi di sisiNya?Setiap kesakitan yang Allah berikan kepada kita semua dengan kehendak dan izinNya. Kadang-kadang dengan kesakitanlah kita dapat menjadikan kita sedar akan nikmatnya sihat.Dengan kesakitan yang diberikan, Allah akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
 Belajarlah menerima satu bebanan kesakitan itu dengan sebaiknya. Kerana Allah mendatangkan kesakitan itu bukan sebagai satu bebanan, pasti kita boleh bertahan kerana Allah tahun kita mampu hadapi kesakitan itu dan juga kerana Allah sayang akan hamba-hambanya.Setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Cuba kita perhatikan kehidupan Firaun,yang mana dia tidak pernah sakit.Allah memberikannya nikmat kesihatan bersin pon tak pernah.. Orang lain selalu sakit, Firaun tidak. Sehinggakan dia menjadi angkuh dan mengaku diri sendiri tuhan. Dengan nikmat sihat itulah Allah membinasakannya.

Kadang-kadang kesakitan yang Allah bagi adalah untuk meningkatkan martabat kita disisinya.Cuba kita perhati kisah Nabi Ayub a.s, yang mana diberikan ujian kesakitan dan Nabi Ayub tetap sabar menghadapi kesakitan tersebut. Dalam keadaan dirinya yang sakit ditambah pula dengan anak-anak serta isterinya menjauhinya dan Nabi Ayub tetap bersabar menempuh kesakitan tersebut sampailah Allah menyembuhkannya dan Allah meninggikan kedudukan Nabi Ayub disisiNya.



Kepada sahabat-sahabat yang sedang sakit,perbanyakkan selawat syifa'. Semoga ia menjadi ubat.:)
Seterusnya,
Bagaimana pula dengan sakit batin?sakit yang tidak dapat dilihat melalui luaran,Kalau kita sakit fizikal kita boleh bertemu doktor untuk meminta ubat tetapi berbeza dengan sakit batinyang berpunca dari dosa-dosa yang kita lakukan yang akhirnya mengakibatkan hati kita menjadi hitam dan keras.Apabila hati dah hitam pastu keras, of courselah susah untuk kita nk buat ibadah,:). Penyakit batin seperti dendam, dengki,menipu bongkak semuanya berpunca dari hati yang sakit. Hati yang sakit/hitam memberi kesan kepada seluruh badan.


Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Jadi,sama-samalah kita menjaga hati kita dengan sebaik mungkin...^__^
Wallahua'lam
Hanna Zahrah 
9:29a.m
18 Jamadilawwal
p/s:doakan ana cepat sembuh..

Saya cinta Rasulullah

"Saya cinta Rasulullah"
"i love u Rasulullah"

Ramai yang mampu berkata demikian termasuk diri ini, TAPI adakah diri ini mencintai Rasulullah dengan cara yang sebenarnya. kebanyakan daripada kita hanya mampu mengucapkannya melalui bibir tetapi tidak dari hati. Sama-sama kita muhasabah diri...

"Mengapa kita perlu mencintai Rasulullah?"

kerana ianya adalah perintah Rasulullah
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehinggalah aku dicintai melebihi kedua orang tuanya, anak-anaknya dan semua manusia lain.” (Riwayat Bukhari).

dan juga kerana baginda Rasulullah amat mencintai kita  sehinggakan disaat kewafatan baginda, baginda masih menyebut "ummati,ummati,ummati"(umat baginda iaitu kita.)Allahurabbbi...sayangnya baginda kepada kita. Tapi apa yang kita lakukan untuk membalas cinta Rasulullah...?? Sebagai manusia yang dianugerahkan akal kita sepatutnya menempatkan cinta kita kepada Allah dan insan yang mampu membawa kita ke jalanNya iaitu baginda Rasulullah..Lalu bagaimana cara untuk kita mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati.Antara cara-cara yang ana dapat kongsikan untuk kita mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati:-

 -Membaca dan menghayati sirah Rasulullah dan para sahabat (kenali baginda)
 -Ikuti ajaran Rasulullah dan tinggalkan larangan baginda.
 -Memperbanyakkan selawat keatas baginda
 -Mencintai orang yang baginda cinta.
 -Membenarkan apa yang telah disampaikan baginda Rasulullah.
 -Mengikuti sunnah baginda dalam kehidupan seharian
 -Mencintai Rasullah melebihi segalanya

Ana teringat kata-kata murabbi ana, "Orang yang sentiasa berselawat keatas junjungan mulia Rasulullah hatinya tidak akan mati" Jadi sama-samalah kita mendidik jiwa kita agar menjadi seorang insan yang sentiasa basah dengan zikir dan selawat.dan disini ana nak sertakan satu video yang menceritakan tentang kelebihan selawat. "Allahumma ja'alna min ahli syafaat nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam"
 Semoga bermanfaat untuk kita.. ^__^
Jom beramal
Hanna Zahrah
12:10 a.m
18 Jamadilawal

Thursday, 28 March 2013

"Ujian oh Ujian"

"Aduh, kenapalah aku yang dijuji"
"Aku tak mampu nak tanggung semua ujian ni.."
"Aku penatla dengan ujian ni."
"Tak boleh ke kalau tak diuji?"

Sahabat, ingatlah bahawa setiap ujian yang Allah titipkan kepada kita hamba-hambaNya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin hikmah itu kita tak dapat lihat sekarang mungkin suatu hari nanti baru kita akan tahu. Kita janganlah pernah berputus asa ketika dijuji. Ingatlah bahawa Allah menganjari seseorang itu pahala sesuai dengan besarnya ujian yang diberikan.

 Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah.
(HR. Tirmidzi)


Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.
(HR. Bukhari)

Sahabat,
Ingatlah.. Allah menguji kita setakat kemampuan kita dan tidak melebih daripada itu. Mungkin, Allah menguji kita kerana Allah rindu akan rintihan kita kepadaNya yang telah lama sepi dan mungkin juga Allah ingin menguatkan lagi iman kita yang semakin hari semakin goyah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah.
(HR. Al-Baihaqi)


Kadang-kadang kita dah banyak berdoa...tetapi Allah belum makbulkan apa yang kita impikan..itu tandanya Allah menyayangi kita kerana Allah tahu kita akan setia berdoa kepadaNya dan mengingatiNya. Sahabat, kalau sekali kita berdoa terus Allah bagi..takut-takut selepas itu kita dah lupakan Allah semakin jauh dariNya.

Sahabatku sayang,
Hadapilah setiap ujian yang Allah berikan dengan SABAR dan SOLAT.

Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
(Hadith riwayat Bukhari)


Jangan kita ingat hanya kita sahaja diuji oleh Allah sampaikan kita kata Allah tak adil pada kita. Suka atau tidak, kita tetap akan dijuji Allah. Dengan ujian itulah kita dapat memantapkan kembali iman kita.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

 Mengapa kita diuji..?
Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

Wallahua'lam
Hanna Zahrah
2:02pm
17 Jamadilawal