Sahabatku,
maafkan aku
andai aku seorang sahabat
yang gagal membawa dirimu ke jalaNya..
andai aku pernah membuatkan dirimu terleka
andai aku insan
yang membiarkan dirimu hanyut dengan kemaksiatan..
maafkan aku..
sahabat..
aku ingin kita sama-sama menuju SyurgaNya..
aku tidak mahu bersendirian...
aku ingin membawamu bersamaku
maafkan aku,
aku ingin kita menjadi sahabat yang sentiasa memperingati
andai ada yang terleka...
menasihati
andai ada yang tersasar...
membimbing ke jalan kembali...
tika ada yang terjerumus ke lembah kemaksiatan...
Sahabat...
aku bersahabat dengan mu
adalah untuk bersama kita menggapai redhaNya
kerana aku tahu...
tanpa redha Ilahi...
Siapalah kita ini...
Aku mohon wahai sahabatku...
Ingatkanlah aku andai aku terleka...
Ingatkan aku bahawa mati itu DEKAT..
Ingatkan aku supaya mencintai Rasulillah...
Ingatkan aku supaya menjauhi maksiat..
"Aku sayang kamu kerana Allah"
"Aku sayang kamu kerana Allah"
wallahua'lam
Hanna Zahrah
27 Rejab
10.05 p.m