Assalamualaikum.. ^_^... InsyaAllah kali nie ana nk cita tentang tanggungjawab Sufyan ath-Thauri...jom baca sesama..
Dalam Buku
Kisah Para Sufi ,diceritakan pada suatu hari,beliau bersolat di masjid. Tanpa disedari ,di hadapannya adalah khalifah yang juga sedang bersolat. Peliknya, semasa sedang bersolat,sang khalifah bermain-main dengan misainya yang besar. Ini menyerlahkan sifat kesombongan.
Selepas bersolat, Sufyan ath-Thauri mengingtkan khalifah "Tidak patut engkau bersolat seperti tu. Di Padang Mahsyar nanti,solatmu itu akan dilemparkan ke mukamu seperti sehelai kain lap yang kotor!"
Khalifah itu marah "Berbicaralah dengan sopan"
"Sekiranya aku enggan menunaikan tanggungjawabku ini, moga kencingku berubah menjadi darah," jawab Sufyan ath-Thauri.
Sebenarnya, Sufyan ath-Thauri hanya mengingatkan khalifah itu supaya bersolat dengan khusyuk. Ini dilakukannya bagi memenihi tuntutan
amar makruf nahi mungkar. Dia tidak mahu khalifah itu leka dengan kesombongan dalam solatnya, yang mungkin di sengajakan atau tidak.
Si khalifah benar-benar marah dengan pernyataan Sufyan ath-Thauri. Pada masa itu juga khalifah itu memerintahkan supaya Sufyan ath-Thauri dipenjarakan dan digantung. Ini kerana dia menganggap Sufyan ath-Thauri mencemarakan nama baiknya dan memperlekehkannya.
Khalifah itu berkata kepada orangnya dan pengawal peribadinya, "Hukuman keatas Sufyan itu perlu dijalankan supaya tidak ada lagi orang yang berani berkata demikian kepadaku!"
Rupa-rupanya ancaman khalifah itu bukan ancaman kosong. Sufyan ath-Thauri benar-benar ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara .Sufyan ath Thauri tidak berupaya melawan.Sufyan ath-Thauri dipenjarakan hingga hukuman gantung ke atasnya dijatuhkan.Namun Sufyan ath-Thauri tidak keseorangan.Dua orang sufi lain iaitu,Sufyan bin Unaiya dan sahabatnya turut dipenjarakan. Kedua-duanya adalah kekasih Allah yang sejati.
Pada hari yang ditentukan,segala persiapan bagi menjalankan hukuman gantung sudah disiapkan.Pada masa itu, Sufyan ath-Thauri masih terlena di dalam penjara. Pada masa itu jugalah Sufyan bin Uyaina dan sahabatnya mendapat berita yang Sufyan ath-Thauri akan menjalani hkuman gantung. Perbualan kedua-dua sahabat itu membuatkan Sufyan ath-Thauri terjaga.
"Apa yan sedang berlaku?" Tanya Sufyan ath-Thauri.
Kedua-dua sahabat itu pun menjelaskan segala persiapan bagi menggantungnya sudah diselesaikan. Kedua-dua menasihatkan," disebabkan tiang menggantung sudah disiapkan,sekarang,banyaklah mengingati Allah."
Sufyan ath-Thauri berkata,"Aku tidak mencintai kehidupan ini sedemikian rupa. Tetapi seorang manusia perlu melaksanakan kewajipannya selama dia berada di dunia ini."
Ungkapannya itu menunjukkan dia benar-benar tegar. Dia tidak menganggap kematian itu suatu yang menakutan , malah menganggapnya sebagai satu permulaan kehidupan. Dia hanya pasrah dan mengingatinya.
Tiba-tiba, bibirnya memanjatkan doa,"Ya Allah tangkaplah mereka pada saat ini juga!"
Pada masa itu, sang khalifah sedang duduk di atas singgahsana dikelilingi para menteri yang sedang membincangkan mengenai pelaksanaan hukuman gantung ke atas Sufyan ath-Thauri,sekonyong-konyong petir menyambar istana dan seisinya . Khalifah dan para menteri disambar petir lalu hilang ditelan bumi.
Melihat perkara itu,kedua-dua manusia suci yang mendengar doa Sufyan ath-Thauri berkata,"(ini) benar-benar doa yang diterima dan dikabulkan dengan pantas."
Mereka akhirnya bersujud memuji kebesaranNya.Akhirnya Sufyan ath-Thauri yang mengingatkan si khalifah supaya tidak bermain-main misainya semasa solat terlepas daripada hukuman gantung. Sebaliknya si Khalifah yang membangkang nasihat Sufyan ath-Thauri dan juga menterinya disambar petir.Ini menunjukkan adanya kelebihan dan keistimewaan iaitu sesuatu yang menyalahi adat yang diberikan Allah kepada walinya, Sufyan ath-Thauri.
Disini jelaslah bahawa si khalifah lalai dalam solatnya.Mereka seakan-akan lupa bhawa di akhirat kelak,solatlah ibadah pertama yang akan dihisab Allah ..
Keadaan solat khalifah itu juga mungkin ada kaitan dengan sabda Nabi Muhammmad,"Akan datang pada akhir zaman , manusia dari umatku yang datang ke masjid-masjid, mereka duduk di sana berkumpul,sedangkan mereka berzikir perihal dunia dan cinta mereka pun cinta dunia,janganlah kamu berkumpul dengan mereka kerana tidak akan ada keperluan bagi Allah dengan mereka itu."...
ok sampai sini ja...klau ada salah tegur lah...:)
rujukan dari buku Rahsia Air Mata Khusyuk (Muhammad Hassan Al-Basri)
Wallahua'lam
Hanna Zahrah
10.52 am
20 Rejab