Friday, 29 March 2013

Sakit itu Kifarah Dosa

Sebagai Insan yang menetap dibumi Allah, kita tidak akan terlepas daripada musibah yang berupa kesakitan.  Maklumlah kita insan yang terkadang lalai,melakukan dosa.Dosa adalah sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah Jadi,kesakitaan adalh salah satu cara Alah nk menghapuskan dosa kita.Adakah kesakitan yang Allah titipkan buat kita tanda MurkaNya atau bertujuan untuk menghapus dosa kita atau mungkin juga cara untuk sampai ke marqam yang tertinggi di sisiNya?Setiap kesakitan yang Allah berikan kepada kita semua dengan kehendak dan izinNya. Kadang-kadang dengan kesakitanlah kita dapat menjadikan kita sedar akan nikmatnya sihat.Dengan kesakitan yang diberikan, Allah akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
 Belajarlah menerima satu bebanan kesakitan itu dengan sebaiknya. Kerana Allah mendatangkan kesakitan itu bukan sebagai satu bebanan, pasti kita boleh bertahan kerana Allah tahun kita mampu hadapi kesakitan itu dan juga kerana Allah sayang akan hamba-hambanya.Setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Cuba kita perhatikan kehidupan Firaun,yang mana dia tidak pernah sakit.Allah memberikannya nikmat kesihatan bersin pon tak pernah.. Orang lain selalu sakit, Firaun tidak. Sehinggakan dia menjadi angkuh dan mengaku diri sendiri tuhan. Dengan nikmat sihat itulah Allah membinasakannya.

Kadang-kadang kesakitan yang Allah bagi adalah untuk meningkatkan martabat kita disisinya.Cuba kita perhati kisah Nabi Ayub a.s, yang mana diberikan ujian kesakitan dan Nabi Ayub tetap sabar menghadapi kesakitan tersebut. Dalam keadaan dirinya yang sakit ditambah pula dengan anak-anak serta isterinya menjauhinya dan Nabi Ayub tetap bersabar menempuh kesakitan tersebut sampailah Allah menyembuhkannya dan Allah meninggikan kedudukan Nabi Ayub disisiNya.



Kepada sahabat-sahabat yang sedang sakit,perbanyakkan selawat syifa'. Semoga ia menjadi ubat.:)
Seterusnya,
Bagaimana pula dengan sakit batin?sakit yang tidak dapat dilihat melalui luaran,Kalau kita sakit fizikal kita boleh bertemu doktor untuk meminta ubat tetapi berbeza dengan sakit batinyang berpunca dari dosa-dosa yang kita lakukan yang akhirnya mengakibatkan hati kita menjadi hitam dan keras.Apabila hati dah hitam pastu keras, of courselah susah untuk kita nk buat ibadah,:). Penyakit batin seperti dendam, dengki,menipu bongkak semuanya berpunca dari hati yang sakit. Hati yang sakit/hitam memberi kesan kepada seluruh badan.


Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Jadi,sama-samalah kita menjaga hati kita dengan sebaik mungkin...^__^
Wallahua'lam
Hanna Zahrah 
9:29a.m
18 Jamadilawwal
p/s:doakan ana cepat sembuh..

Saya cinta Rasulullah

"Saya cinta Rasulullah"
"i love u Rasulullah"

Ramai yang mampu berkata demikian termasuk diri ini, TAPI adakah diri ini mencintai Rasulullah dengan cara yang sebenarnya. kebanyakan daripada kita hanya mampu mengucapkannya melalui bibir tetapi tidak dari hati. Sama-sama kita muhasabah diri...

"Mengapa kita perlu mencintai Rasulullah?"

kerana ianya adalah perintah Rasulullah
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehinggalah aku dicintai melebihi kedua orang tuanya, anak-anaknya dan semua manusia lain.” (Riwayat Bukhari).

dan juga kerana baginda Rasulullah amat mencintai kita  sehinggakan disaat kewafatan baginda, baginda masih menyebut "ummati,ummati,ummati"(umat baginda iaitu kita.)Allahurabbbi...sayangnya baginda kepada kita. Tapi apa yang kita lakukan untuk membalas cinta Rasulullah...?? Sebagai manusia yang dianugerahkan akal kita sepatutnya menempatkan cinta kita kepada Allah dan insan yang mampu membawa kita ke jalanNya iaitu baginda Rasulullah..Lalu bagaimana cara untuk kita mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati.Antara cara-cara yang ana dapat kongsikan untuk kita mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati:-

 -Membaca dan menghayati sirah Rasulullah dan para sahabat (kenali baginda)
 -Ikuti ajaran Rasulullah dan tinggalkan larangan baginda.
 -Memperbanyakkan selawat keatas baginda
 -Mencintai orang yang baginda cinta.
 -Membenarkan apa yang telah disampaikan baginda Rasulullah.
 -Mengikuti sunnah baginda dalam kehidupan seharian
 -Mencintai Rasullah melebihi segalanya

Ana teringat kata-kata murabbi ana, "Orang yang sentiasa berselawat keatas junjungan mulia Rasulullah hatinya tidak akan mati" Jadi sama-samalah kita mendidik jiwa kita agar menjadi seorang insan yang sentiasa basah dengan zikir dan selawat.dan disini ana nak sertakan satu video yang menceritakan tentang kelebihan selawat. "Allahumma ja'alna min ahli syafaat nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam"
 Semoga bermanfaat untuk kita.. ^__^
Jom beramal
Hanna Zahrah
12:10 a.m
18 Jamadilawal

Thursday, 28 March 2013

"Ujian oh Ujian"

"Aduh, kenapalah aku yang dijuji"
"Aku tak mampu nak tanggung semua ujian ni.."
"Aku penatla dengan ujian ni."
"Tak boleh ke kalau tak diuji?"

Sahabat, ingatlah bahawa setiap ujian yang Allah titipkan kepada kita hamba-hambaNya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin hikmah itu kita tak dapat lihat sekarang mungkin suatu hari nanti baru kita akan tahu. Kita janganlah pernah berputus asa ketika dijuji. Ingatlah bahawa Allah menganjari seseorang itu pahala sesuai dengan besarnya ujian yang diberikan.

 Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah.
(HR. Tirmidzi)


Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.
(HR. Bukhari)

Sahabat,
Ingatlah.. Allah menguji kita setakat kemampuan kita dan tidak melebih daripada itu. Mungkin, Allah menguji kita kerana Allah rindu akan rintihan kita kepadaNya yang telah lama sepi dan mungkin juga Allah ingin menguatkan lagi iman kita yang semakin hari semakin goyah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah.
(HR. Al-Baihaqi)


Kadang-kadang kita dah banyak berdoa...tetapi Allah belum makbulkan apa yang kita impikan..itu tandanya Allah menyayangi kita kerana Allah tahu kita akan setia berdoa kepadaNya dan mengingatiNya. Sahabat, kalau sekali kita berdoa terus Allah bagi..takut-takut selepas itu kita dah lupakan Allah semakin jauh dariNya.

Sahabatku sayang,
Hadapilah setiap ujian yang Allah berikan dengan SABAR dan SOLAT.

Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
(Hadith riwayat Bukhari)


Jangan kita ingat hanya kita sahaja diuji oleh Allah sampaikan kita kata Allah tak adil pada kita. Suka atau tidak, kita tetap akan dijuji Allah. Dengan ujian itulah kita dapat memantapkan kembali iman kita.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

 Mengapa kita diuji..?
Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

Wallahua'lam
Hanna Zahrah
2:02pm
17 Jamadilawal